Thursday, 6 May 2010

IBU.............

AMPUNI DOSAKU
KERANA KELAHIRANKU
DARAHMU TUMPAH KE BUMI

AMPUNI DOSAKU
KERANA SAKIT, SEDIHKU
AIRMATAMU MEMBASAHI PIPIMU

AMPUNI DOSAKU
KERANA MEMBESARKANKU
RESAH GELISAH SELALU KAU ALAMI

TERIMA KASIH KU PADAMU
ATAS JASA MU MEMBESARKAN KU
ATAS SEGALA KASIH SAYANG MU

TERIMA KASIH KU PADAMU
ATAS BIMBINGAN DAN AJARANMU
AKU MENJADI INSAN SEPERTI MU

DOAKAN DAN RESTUILAH DIRIKU AGAR BERJAYA
MENJADI IBU SEPERTI DIRIMU JUA
MELAHIRKAN ANAK BANGSA YANG BERWIBAWA

SETINGGI GUNUNG SELUAS LAUTAN
BUKAN DAPAT JADI UKURAN
PENGORBANAN IBU TIADA BATASAN
KASIH SAYANGNYA TETAP BERKEKALAN

DOAKU UNTUKMU IBU
AGAR ALLAH MEMBERI RESTU
ATAS SEGALA JASA DAN BAKTIMU
PAHALA SYURGA HANYA UNTUKMU IBU....

1 comments:

admin said...

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU....

Post a Comment